Monday, March 8, 2010

MINGGU KE ENAM

SOALAN
Senaraikan EMPAT (4) strategi yang boleh dipilih oleh usahawan dalam memulakan sesebuah perniagaan.
1.Memulakan sendiri perniagaan
2.Jualan langsung
3.Pakatan strategik
4.Perniagaan francais
5.Mengambilalih perniagaan sedia ada


JAWAPAN NO 1
1.Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.
Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

2.Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.

3.Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.
Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.
Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.
Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.

4.Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.
Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.

5.Persaingan
Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.
Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.
Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.

6.Undang-undang dan peraturan
Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.
Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.

7.Sumber bekalan
Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.
Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.

Memulakan Sendiri
Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-
Pengalaman dan pengetahuan
• Minat yang berterusan
• Modal yang mencukupi
• Punca bekalannya
• Peraturan dan undang-undang tempatan
• Jenis perniagaan yang ingin dijalankan
• Lokasi perniagaan

JAWAPAN NO 2
Perniagaan jualan langsung merupakan suatu jenis perniagaan berformatkan peruncitan di mana jurujual akan sentiasa berhubung dengan pelanggannya secara langsung di lokasi yang sesuai, sama ada di rumah atau tempat kerja pelanggan dan mendemonstrasikan kelebihan produk, mengambil pesanan dan seterusnya menghantar produk yang dipesan kepada pelanggan.

Untuk memastikan kejayaan perniagaan jualan langsung ini, ia memerlukan perhubungan yang baik antara jurujual dengan pelanggan. Maklumat yang banyak dan bernas disalurkan kepada pelanggan melalui perbincangan bersemuka dengan jurujual.

Antara kategori produk yang dijual melalui perniagaan jualan langsung adalah seperti kosmetik, pencuci hampagas, peralatan memasak, barangan kemas, produk pemakanan kesihatan, bahan pendidikan dan sebagainya.

Terdapat 3 kaedah perniagaan jualan langsung iaitu:-
1.Pemasaran satu peringkat- Jenis perniagaan ini melibatkan penjualan produk terus daripada syarikat jualan langsung kepada pengguna akhir atau syarikat jualan langsung kepada wakil atau pengedar syarikat.

2. Pemasaran pelbagai peringkat- Melalui sistem ini, produk yang diagihkan akan melaluibeberapa lapisan saluran agihan sebelum ia sampai ke tangan pengguna.
Contohnya, Cosway akan menjual melalui stokisnya kepada wakil ejen yang sah, selepas itu wakil ejen tersebut akan menjual produk kepada pelanggan.

3. Jualan melalui sistem parti- Mengikut sistem ini syarikat jualan langsung akan mengadakan satu parti di rumah atau tempat salah seorang wakil jualannya dan menjemput semua orang yang dikenali seperti saudara mara, sahabat handai atau orang di kawasan sekeliling untuk menghadiri parti berkenaan dan membuat demonstrasi produknya kepada semua.Contohnya, CNI mengadakan 'parti' untuk memperkenalkan produk kesihatan kepada pelanggan dengan mengadakan demonstrasi kelebihan rangkaian beberapa produknya.

JAWAPAN NO 3
1.Kemasukan ke pasaran baru- Pada masa kini, banyak syarikat telah membentuk pakatan stategik bagi mempercepatkan proses kemasukan ke sesuatu pasaran. Dengan berbuat demikian, ia dapat Mengurangkan kos tetap yang tinggi seperti pembangunan, pengagihan dan pemasaran produk.

2.Mencapai Globalisasi- Pakatan stategik telah menjadi stategik utama syarikat global. Banyak syarikat multinasional telah membuat pakatan dengan pekongsinya di negara lain. Ini memudahkan syarikat induk menembusi pasaran negara tertentu di samping dapat menggunakan sumber pengeluarkan yang sedia ada di negara rakan pekongsi.

3.Pembangunan Teknologi- Mereka boleh berkongsi maklumat mengenai pelanggan dan struktur pasaran seperti citarasa pelanggan, kuasa pembelian pelanggan, saiz pasaran dan sebagainya. Dalam zaman modem ini, keupayaan untuk mengikuti perubahan teknologi adalah kunci utama bagi sesebuah syarikat untuk terus wujud. Bagaimanakan, untuk membangun dan mencipta teknologi baru bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Maka, melalui pakatan strategik, ia boleh membantu syarikat membangun dan memperolehi sesuatu teknologi daripada syarikat lain.

JAWAPAN NO 4
Beberapa strategi baru telah dirangka di samping penerusan strategi-strategi yang sedia ada bagi membolehkan sasaran yang ditetapkan bagi membangunkan seramai 1,000 francaisi dalam Rancangan Malaysia Kelapan dapat dicapai. Strategi-strategi berkenaan merangkumi aspek-aspek penting pelaksanaan Program Pembangunan Francais iaitu:-

(i) Membangunkan produk francais tempatan

(ii) Memfrancaiskan perniagaan yang sedia ada

(iii) Menggalakkan 'conversion' perniagaan-perniagaan yang dipunyai dan diuruskan sendiri oleh syarikat kepada perniagaan francais

(iv) Mengenalpasti produk francais luar negara yang berpotensi untuk difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan

(v) Meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai perniagaan francais

(vi) Meningkatkan bilangan juru perunding francais yang pakar dalam bidang berkenaan

(vii) Menubuhkan sebuah perbadanan iaitu Perbadanan Pembangunan Francais (FRANDEC) yang akan menjadi agensi utama (lead agency) dalam pembangunan perniagaan francais negara khususnya dalam mempercepatkan peningkatan bilangan usahawan dalam sektor peruncitan

(viii) Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan

(ix) Mengadakan kajian dan penyelidikan mengenai perniagaan francais dalam negeri bagi membolehkan perancangan yang berkesan dapat dilakukan

(x) Membantu memantapkan keberkesanan Persatuan Francais Malaysia

(xi) Mewujudkan satu pangkalan data yang kemaskini dan komprehensif mengenai perniagaan francais di negara ini bagi tujuan perancangan pembangunan perniagaan francais negara.

JAWAPAN NO 5
1.Kewangan perniagaan
Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.

2.Faedah yang dinikmati
Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.

3.Masalah yang dihadapi
Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.

4.Potensi berkembang
Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.

5.Persaingan yang akan dihadapi
Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu, cuba pelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.

6.Minat dan kecenderungan yang ada
Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.

7.Warisan
Ada juga perniagaan yang diwarisi daripada ibubapa, nenek moyangnya, atau warisan keluarga. Jenis perniagaan ini biasanya kukuh dan telah lama wujud dalam perniagaan.

8.Diundang
Diundang bermaksud perniagaan yang kekal dan sudah wujud mengundang seseorang @ sesebuah syarikat untuk menjadi rakan kongsi @ bergabung dengan syarikat induk. Individu @ syarikat ini diundang kerana potensi yang ada padanya dan prestasi individu tersebut @ syarikat tersebut amat baik.

No comments:

Post a Comment