Monday, February 15, 2010

MINGGU KE 5

Soalan 1
Berikan definisi dan konsep E-Dagang(EC-E-Commerce)

Jawapan
E-dagang atau dikenali juga sebagai e-commerce adalah satu cabang dalam perniagaan. Kalau dahulunya (sebelum internet ini wujud), manusia berdagang (berjual - beli) secara fizikal di alam realiti ini. Kemudian, setelah wujud internet ini, dunia semakin 'kecil', kerana wujudnya perdagangan yang menggunakan medium internet dan sebagai (di realiti maya) dan skop perniagaan secara internet ini boleh dipecahkan dalam banyak istilah. Salah satunya adalah e - commerce / e - dagang.E - dagang sebenarnya memudahkan manusia sekarang untuk berniaga.

Soalan 2
Bagaimana E-Dagang menyediakan peluang kepada usahawan baru?

JAWAPAN
-menyediakan peluang kepada usahawan dengan mengubah sebarang idea kepada pasaran baru yang hebat.

-dengan memaparkan katalog,brocur, dan sebarang maklumat bagi membantu pelanggan membuat pilihan.

-boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu kerana adanya talian internet sepanjang masa.

-boleh diperibadikan untuk setiap pelanggan.

-Walupun E-dagang memerlukan kos yang tinggi namun ia dapat mengurangkan kos urusniaga.

SOALAN 3
Terangkan berkenaan LIMA(5)Model E-Dagang berikut:-

JAWAPAN
1.B2B- Perniagaan ke Perniagaan (Business to Business, B2B) Transaksi perdagangan berlaku di antara dua perniagaan. Contohnya, pembekal bahan mentah kepada pengilang yang menggunakan bahan mentah untuk mengeluarkan barang akhir.

2.B2C-Perniagaan ke Pengguna (Business to Consumer, B2C) Dimana transaksi berlaku di antara peniaga dan pengguna akhir barang tersebut.

3.P2P- (Peer to Peer , P2P)Teknologi P2P boleh digunakan untuk C2C, B2B, B2C. Teknologi ini membolehkan rangkaian rakan komputer (networked peer computers) berkongsi dan memproses data secara terus.

4.M-Commerce-Aktiviti dan urusniaga E-Dagang dikendalikan melalui persekitaran tanpa wayar. (wireless environment)

5.G2G-Kerajaan ke Kerajaan (Goverment to Goverment, G2G)Kategori e-kerajaan yang menyediakan aktiviti di antara setiap unit dalam kerajaan.~ Pekerja yang ramai di sektor kerajaan menyebabkan kerajaan berminat ubtuk menyediakan perkhimatan dan maklumat kepada pekerja secara elektronik seperti yang dilakukan oleh pihak swasta.
JAWAPAN

3 ciri seorang teknousahawan
1.Berinovatif-Seorang teknousahawan bersifat kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu produk untuk memenuhi kekurangan dan kehendak persekitaran. Dengan ini produk yang dihasilkan akan unik dan berkualiti.

2.Berdaya saing-Seorang teknousahawan juga perlu bersifat berdaya saing, ini kerana dengan adanya persaingan sesuatu produk dapat dinaik tarafkan dan diperbaharui.

3.Bertanggungjawab-bertanggungjawab dalam pelbagai aspek.Sebagai contoh tanggungjawab sosial (komuniti),seorang teknousahawan akan berasa bertanggungjawab keatas kekurangan produk sesuatu komuniti atau persekitaran,maka untuk mengatasinya beliau akan berusaha menghasilkan produk untuk menutup kekurangan komuniti tersebut.Dengan ini masalah itu akan selesai disamping beroleh sedikit keuntungan daripadanya.

JAWAPAN SOALAN 2

Faedah yang diperolehi oleh seorang usahawan dengan menyediakan rancangan perniagaanSalah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaanrancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

JAWAPAN SOALAN 3

Kandungan Rancangan Perniagaan
Bahagian 1 : Pengenalan
Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan
Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan
Bahagian 4 : Latar Belakang Pemilik
Bahagian 5 : Latar Belakang Projek
Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran
Bahagian 7 : Rancangan Pengeluaran/ Operasi
Bahagian 8 : Rancangan Organisasi
Bahagian 9 : Rancangan Kewangan
Bahagian 10 : Jadual Perlaksanaan Projek
Bahagian 11 : Rumusan

Friday, February 5, 2010

Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi.Selain itu,ia menggalakkan kerjasama di antara organisasi awam dan industri serta di antara firma tempatan dan firma luar negara di dalam kerjasama teknologi.Ia juga meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri.
JAWAPAN 1

Keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunkan teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan.
Manakala teknousahawan pula adalah usahawan yang menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan perniagaannya.
MINGGU KE-4

1.Apakah itu teknousahawan dan senaraikan TIGA(3) ciri seorang teknousahawan.

2.Terangkan faedah yang diperolehi oleh seorang usahawan dengan mentediakan rancangan perniagaaan.

3.Senaraikan kandungan Rancangan Perniagaan mengikut turutan yang anda rasakan sesuai bagi suatu inovasi produk.