Monday, February 15, 2010

MINGGU KE 5

Soalan 1
Berikan definisi dan konsep E-Dagang(EC-E-Commerce)

Jawapan
E-dagang atau dikenali juga sebagai e-commerce adalah satu cabang dalam perniagaan. Kalau dahulunya (sebelum internet ini wujud), manusia berdagang (berjual - beli) secara fizikal di alam realiti ini. Kemudian, setelah wujud internet ini, dunia semakin 'kecil', kerana wujudnya perdagangan yang menggunakan medium internet dan sebagai (di realiti maya) dan skop perniagaan secara internet ini boleh dipecahkan dalam banyak istilah. Salah satunya adalah e - commerce / e - dagang.E - dagang sebenarnya memudahkan manusia sekarang untuk berniaga.

Soalan 2
Bagaimana E-Dagang menyediakan peluang kepada usahawan baru?

JAWAPAN
-menyediakan peluang kepada usahawan dengan mengubah sebarang idea kepada pasaran baru yang hebat.

-dengan memaparkan katalog,brocur, dan sebarang maklumat bagi membantu pelanggan membuat pilihan.

-boleh dicapai 24 jam sehari 7 hari seminggu kerana adanya talian internet sepanjang masa.

-boleh diperibadikan untuk setiap pelanggan.

-Walupun E-dagang memerlukan kos yang tinggi namun ia dapat mengurangkan kos urusniaga.

SOALAN 3
Terangkan berkenaan LIMA(5)Model E-Dagang berikut:-

JAWAPAN
1.B2B- Perniagaan ke Perniagaan (Business to Business, B2B) Transaksi perdagangan berlaku di antara dua perniagaan. Contohnya, pembekal bahan mentah kepada pengilang yang menggunakan bahan mentah untuk mengeluarkan barang akhir.

2.B2C-Perniagaan ke Pengguna (Business to Consumer, B2C) Dimana transaksi berlaku di antara peniaga dan pengguna akhir barang tersebut.

3.P2P- (Peer to Peer , P2P)Teknologi P2P boleh digunakan untuk C2C, B2B, B2C. Teknologi ini membolehkan rangkaian rakan komputer (networked peer computers) berkongsi dan memproses data secara terus.

4.M-Commerce-Aktiviti dan urusniaga E-Dagang dikendalikan melalui persekitaran tanpa wayar. (wireless environment)

5.G2G-Kerajaan ke Kerajaan (Goverment to Goverment, G2G)Kategori e-kerajaan yang menyediakan aktiviti di antara setiap unit dalam kerajaan.~ Pekerja yang ramai di sektor kerajaan menyebabkan kerajaan berminat ubtuk menyediakan perkhimatan dan maklumat kepada pekerja secara elektronik seperti yang dilakukan oleh pihak swasta.

No comments:

Post a Comment