Thursday, March 11, 2010

MINGGU KE TUJUH

SOALAN

Terdapat TIGA (3) jenis perniagaan yang lazimnya terdapat di Malaysia iaitu Perniagaan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat.
Terangkan setiap jenis perniagaan tersebut dan nyatakan kebaikan serta keburukan bagi setiap jenis perniagaan berkenaan.

JAWAPAN

1.PERNIAGAAN TUNGGAL

*MAKSUD
-Perniagaan Tunggal adalah perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik, tetapi tidak semestinya dijalankan oleh anda seorang. Malah, perniagaan tunggal boleh terdiri dari ramai kakitangan.
-Perniagaan tunggal mempunyai beberapa kebaikan dan risiko. Pastikan anda mengkaji implikasi setiap kebaikan dan kelemahan dari segi undang-undang sebelum membuat keputusan menceburi perniagaan jenis ini.

*KEBAIKAN
-Sebagai pemilik tunggal, anda adalah ketua yang mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
-Segala untung perniagaan adalah hak milik anda.
-Anda tidak perlu menyediakan laporan akaun dan segala hal-ehwal operasi perniagaan adalah urusan peribadi anda.
-Anda hanya dikenakan cukai pendapatan individu dan bukan cukai perniagaan.

*KEBURUKAN
-Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko perniagaan, termasuk kerugian dan kegagalan.
-Dari segi undang-undang, tiada perbezaan antara harta perniagaan dan harta peribadi. Liabiliti (tanggungan) anda tidak terhad, bermakna sebarang kegagalan perniagaan akan melibatkan harta peribadi sendiri.

2.PERNIAGAAN PERKONGSIAN

*MAKSUD
-Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individu
-Persetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama.
-Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modal.

*KEBAIKAN
-Pengumpulan modal, pengalaman dan tenaga kerja yang banyak di kalangan pekongsi.
-Risiko keuntungan dan kerugian diagihkan kepada ahli yang berkongsi.
-Kos penubuhan lebih murah dan tatacara penubuhan yang mudah berbanding dengan Syarikat Sdn Bhd.

*KEBURUKAN
-Liabiliti tidak terhad.
-Proses mengambil keputusan mungkin mengambil masa kerana memerlukan persetujuan semua pekongsi.
-Penambahan modal terhad kepada keupayan pekongsi.
-Pembubaran : Perkongsian mungkin dibubarkan jika salah seorang pekongsi ingin membubarkan perkongsian, kematian atau persaraan, gila atau tindakan undang-undang.

3.PERNIAGAAN SYARIKAT

*MAKSUD
-Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.
-Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu:-
a. Mempunyai namanya sendiri
b.Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah
c. Mempunyai alamat yang tertentu
d.Mempunyai aset atas namanya sendiri
e.Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

-Syarikat Sendirian Berhad dianggotai oleh Lembaga Pengarahnya dalam mana akan dilantik, Pengerusi Lembaga Pengarah, uruaudit Syarikat, Lain-lain Pengarah

*KEBAIKAN
-Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
-Kontuniti atau Syarikat terjamin iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
-Kemudahan untuk mendapat modal.
-Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
-Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
-Potensi untuk perkembangan luas.
-Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

*KEBURUKAN
-Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
-Cukai Pendapatan yang tinggi.
-Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.

No comments:

Post a Comment