Saturday, March 20, 2010

MINGGU KE LAPAN

SOALAN

Cari maklumat berkenaan fungsi badan-badan keusahawanan IT yang berikut:

JAWAPAN 1

National IT Agenda(NITA)

*Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA.


* Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) diperkenalkan semasa pelancaran kempen IT. NITA memainkan peranan yang penting dalam memahamkan seluruh masyarakat di negara ini tentang internet, teknologi maklumat dan MSC. NITA juga bertanggungjawab dalam pembangunan tiga elemen penting iaitu masyarakat, infostruktur dan aplikasi. Ketiga-tiga elemen itu adalah saling berhubungan antara satu sama lain secara strategik, ke arah mewujudkan masyarakt madani dan berkualiti.

JAWAPAN 2

Malaysia Venture Capital Management Berhad(MAVCAP)

*Dalam pembentangan Belanjawan 2000, Kerajaan telah melancarkan projek bagi menyediakan
Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan dan menegaskan perlunya berlaku perubahan
paradigma daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.Inisiatif lanjut untuk menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2001. Antara lain, insentif ini termasuk insentif cukai untuk menggalakkan penggunaan ICT, pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli komputer dan penubuhan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) di Kementerian Kewangan untuk menguruskan dana modal teroka baru sejumlah RM500 juta, bertujuan untuk menggalakkan pembiayaan penubuhan industri berteknologi tinggi.Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan menggariskan tujuh teras strategik yang merangkumi 155 perakuan untuk mempercepatkan pembangunan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.Ketujuh-tujuh teras strategik dengan ciri-ciri penting adalah seperti berikut:-
i . Memupuk dan memperolehi sumber manusia yang perlu
- Meningkatkan pembangunan sumber manusia untuk membina sumber manusia berasaskan
pengetahuan. Penekanan diberikan kepada pendidikan, latihan dan latihan semula serta
pembelajaran sepanjang hayat, terutamanya untuk meningkatkan taraf celik komputer.
- Melaksanakan program Brain Gain bertujuan untuk memanggil pulang rakyat Malaysia
yang berkelayakan dan menarik pekerja asing yang berkemahiran tinggi untuk berkhidmat
di Malaysia.
ii. Menubuhkan institusi untuk menggerakkan ekonomi berasaskan pengetahuan
- Menubuhkan institusi yang boleh menggerakkan pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan. Sehubungan ini, sebuah Majlis Kebangsaan Pembangunan Ekonomi
Berasaskan Pengetahuan telah dicadangkan untuk menggembleng usaha serta memantau
kemajuan ke arah pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.
iii. Memastikan infostruktur dan infrastruktur yang perlu
- Memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar
jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet, makmal komputer serta pusat
pembelajaran Bahasa Inggeris.
- Meningkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan
untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
iv. Meningkatkan kapasiti S&T
- Meningkatkan kapasiti S&T dari segi menambah penawaran tenaga kerja dan menggalakkan
penghayatan terhadap sains di sekolah dan di peringkat pendidikan tinggi. Ini adalah
bertujuan membangunkan inovasi dan kemahiran kreatif.
- Meningkatkan R&D dari segi penambahan peruntukan dan memupuk kerjasama antara
institusi penyelidikan, universiti dan industri untuk mencipta dan mengkomersilkan pengetahuan dan teknologi.
v. Sektor swasta menerajui ekonomi berasaskan pengetahuan
- Sektor swasta akan terus kekal sebagai enjin pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan
pengetahuan.
- Menggalakkan penggunaan e-dagang, terutamanya di kalangan industri serta perusahaan
kecil dan sederhana.
- Membangunkan kemahiran keusahawanan sektor swasta bagi menggalakkan aktiviti ekonomi
yang baru.
vi. Membangunkan perkhidmatan awam berasaskan pengetahuan
- Perkhidmatan awam akan terus menyokong pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan dari segi menyediakan kepimpinan, penggubalan dasar dan strategi,
pelaksanaan program, pengawalseliaan ekonomi dan menggalakkan kerjasama antara
sektor awam dan swasta.
- Keutamaan diberikan kepada pembangunan sumber manusia dalam perkhidmatan awam,
terutamanya menyemai budaya yang mementingkan inovasi, memperbaiki kebolehan
berbahasa Inggeris dan meningkatkan penyerapan serta penggunaan ICT.
vii. Merapatkan jurang pengetahuan dan digital
- Memastikan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak membesarkan jurang antara pelbagai
lapisan masyarakat.
- Melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dengan menyediakan peluang pendidikan.
- Meningkatkan kemampuan rakyat untuk memperolehi komputer dan laluan Internet.
- Menangani masalah jurang digital antara kaum, bandar dan desa, jantina serta golongan
kurang bernasib baik.

JAWAPAN 3


Malaysia Exchange of Securities Application Grant Scheme(DAGS)

*Badan ini merupakan skim yang menyediakan lindungan jaminan bagi kemudahan kredit kepada semua perniagaan yang dimiliki dan dikuasai oleh rakyat Malaysia serta didaftarkan di Malaysia(kecuali koperasi), dengan perolehan jualan tahunan tidak melebhi RM25 juta atau
mempunyai pekerja sepenuh masa 150 orang atau kurang.
*DAGS-i adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan EKS yang memerlukan pembiayaan
Islam secara langsung melalui CGC sebagai pelengkap kepada DAGS konvensional sedia
ada berdasarkan prinsip syariah. Skim ini menyediakan lindungan jaminan sehingga
100% dengan jumlah pembiayaan antara RM50,000 hingga RM2.0 juta. Permohonan
boleh dikemukakan terus kepada CGC untuk penilaian dan kemudiannya CGC akan
mengeluarkan surat jaminan bagi permohonan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment